SPIES BERDAFTAR

17 July 2014

"tak dikira bunuh diri ke/ka/kah?"

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T. peeps !

#perkongsian

sembang sembang dengan seorang sahabat kat wechat. sembang punya sembang termasuk bab orang zaman la/sekarang tak reti bersyukur. sembang punya sembang lagi terkeluaq kenyataan (statement) "campak pi Palestin baru tau". baru nak tahu erti bersyukur. kot. mudah2an. pastu sahabat aku pun tanya,

"oleh jalan itu (by the way) kalau kita pi ke Palestin, bukankah boleh dikira sebagai bunuh diri? sbb kita tau kebarangkalian kita akan mati kat sana."

"orang Palestin lain la, depa/mereka mempertahankan tanah air depa/mereka"

"kita orang Malaysia mon..."  


dan aku jawab;

"yep kita orang Malaysia. tapi kita muslim."

"setiap muslim itu bersaudara"

"niat nak pi tolong saudara sendiri"

"kerana Dia"

"sebab persaudaraan ni pun terjalin kerana Dia"

"kita sama2 penganut agamaNya"


kemudian kami pun sembang sembang lagi.
janji insyaAllah nak sama2 p jadi sukarelawan suatu hari nanti.
moga diberikan peluang olehNya. tolong doakan nah!
teringin sangat.

-----

"eleh, sembang nak p tolong kat negara luaq buat apa. kat negara sendiri bersepah lagi islam (AND/OR) melayu yang susah"

ehem.

betul tu. negara sendiri pun ramai yang susah. terasa cheq/saya. bukan apa, kan sekarang ni Palestin berdarah kembali. dan kali ni NGO2 rajin kemaskini (update) status terkini kat sana. banyak gambar tersebar luas. tak ada satu pun gambar yang tak menyayat hati. :'( sebab tu mungkin tertimbul niat di hati nak pi sana. teringin sangat nak pi tolong. lebih indah kalau dapat syahid. 

sapa tak mau, hisab dipermudahkan di masyhar nanti? 

MasyaAllah.

jadi cita-cita baru aku sekarang; 
aku nak belajar sehabis boleh. tajdid niat kerana Dia. 
kerja apa nanti belakang cerita.
rezeki kita Dia dah tentukan.
yang pasti aku nak jadi sukarelawan!
insyaAllah.

insyaAllah aku akhiri entri ini dgn 3 buah hadis :

“Allah membantu hambaNya selama mana dia membantu saudaranya”
(riwayat Muslim).

 Dari Abu Musa Al-Asha’ri, Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Orang beriman itu ibarat sebuah bangunan, setiap satu menyokong yang lainnya”
(riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Anas bin Malik, Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Tidak beriman (dengan iman yang sempurna) sesiapa di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya” 
(riwayat Bukhari dan Muslim).


& sepotong Kalamullah

Allah Ta’ala berfirman:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ
“Sesungguhnya kaum mukminin itu adalah bersaudara.”
 (QS. Al-Hujurat: 10)
regards,

No comments:

Post a Comment

pecah kaca sebab koman,
lepas baca harap komen. :D